LettersToYou |
I wanna be your favorite HELLO and your hardest GOODBYE. Lot of love Ayu <3 |
WEY! KAU INGAT AKU KESAH KE? AKU LAGI TAK KESAH LANGSUNG! LANGSUNG TAK! AYAT MINTA PENAMPAR. SABAR JEA LAH -.-
Seperti biasa pada waktu rehat aku akan duduk di tangga menghadap padang. Memang rutin kami sebegitu melainkan salah satu kita orang lapar. Kantinlah jawabnya. Seperti biasa juga, aku ni selalu sangat teman orang dating. Ketika itu, aku tidak tahu mengapa tiba tiba waktu itu menjadi bosan bagi aku. Amat bosan, jadi aku pun mundar mandir, tegur orang tak kenal yang lalu dekat dekat situ sehingga aku penat tetapi masih bosan juga jadi aku bila dah takda kerja jadi tunggul lah jawabnya so aku ‘lepak’ dengan budak dating ni kembali tetapi sebelum aku sampai ke mereka……. Tiba tiba, aku ternampak/terpandang seseorang. Ouh dia, still making a stupid face plus blur. Aku rasa macam pelik so pandang untuk kali kedua. Aku terdiam, terkedu. Ya Allah, itu dia ke. Gelabah sungguh aku ketika itu. Sangat! Tapi, kenapa aku pandang dia untuk kali kedua. Segan sangat aku ketika itu. Segan! Malu! Tak tahu nak cakap apa tapi hati aku senang sangat. Dapat tengok dia senyum. Senyuman yang amat bermakna bagi aku walaupun senyuman itu mungkin memerli aku.
Ya Allah, saudara yang datang rumah aku harituh rupa rupanya Azam. Kenapa baru aku tahu harini dan kenapa aku tak cam muka dia. Ya Allah, cuainya aku sampai saudara sendiri pun tak kenal. Nak buat macam mana, memang dah lama gila tak balik BP. Nenek macam mana eh? Sihat? Aku selalu kirim doa jea, jenguk pun entah bila. Aku ingat lagi Azim, Azam, Kak Fifah. Rindunya aku pada dia orang. Rindu sesangat, yang aku terkilan sesangat ialah aku tak cam AZAM dengan ADIK dia, selalu main main dengan dia orang waktu kecik kecik dulu. Bila dah lama, barulah aku tahu yang datang rumah aku harituh AZAM dengan family. Tapi mana Azim? Mhmm, takpalah. Kalau ada rezeki jumpa dia orang punyalah. Amin :-)
(Source: lovequotesrus, via superawesomemuslimah)
(via fazilahandsweetdream)
Kelas agama kelmarin, aku sebenarnya tak suka campur dengan kelas lain. Tak selesa. Sangat sangat tak selesa. Tapi tak mengapa untuk hari itu sahaja. Tapi aku perasan something. Semasa aku toleh kebelakang untuk memulangkan kertas. Aku perasan memang ada mata sedang memandang aku walaupun aku tak pandang dia. Aku memang tahu dia memang tengah pandang. Bukan nak cakap aku perahsantan or what tapi itu yang aku perasan. Aku memang tahu yang kau sedang pandang bukan? Betulkan? Tak nak mengaku tak mengapa.
(Source: nikolawashere, via i-spill-kisses-with-love)
Buka balik diari lama. Nak gelak pun ada nak nangis pun ada. Apa yang aku catat didalam diari itu ialah mereka mereka yang bernama lelaki. Lelaki yang aku pernah suka. Maaf, bukan satu dua tapi ramai. Ops. Tapi tak semua yang aku suka, mereka suka kepada aku. Hanya segelintir sahaja. Segelintir. Tapi nama kau berada di mukasurat yang terakhir. Kau faham apa maknanya? Kau yang lelaki yang terakhir yang aku suka buat masa ini. Selepas kau, tiada lagi lelaki yang aku suka. Minat itu mungkin tapi tak bermakna aku suka. Hanya minat. Aku mencatatkan dimana kali pertama aku menyukai diri kau sehingga…. Ya Allah, aku tak sanggup. Mungkin ketika itu aku SS jadi aku berfikir sebegitu. Setiap hari aku doa. Setiap hari. Agar kau pun ada perasaan yang sama seperti aku. Setiap hari dan tak pernah tinggal doa itu setiap kali habis solat. Tidak pernah. Aku masih ingat lagi ayat ini “Jika kau suka pada seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurniakan rasa CINTA tapi luahkan kepada Allah. Allah Maha Mengetahui jodoh kita siapa. Cintai dia dalam diam, dari jauh disulami KESEDERHANAAN dan KEIKHLASAN.” “Dan segala sasuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati Allah.” Jadi aku minta pertolongan Allah, hanya Dia yang dapat membantu aku ketika itu. Tiada orang lain. Dia tempat aku mengadu. Dia tempat aku meluahkan perasaan. Hanya Dia tahu perasaan aku ketika ini. Tapi yang aku hairan, aku tak pernah sebegini sebelum ini sehingga aku ketemu engkau. Maksud aku disini ialah berdoa kepada Allah untuk lelaki yang aku suka. Hanya engkau sahaja. Aku tidak tahu mengapa dan kenapa tetapi…. Tak mengapa, lebih baik jika aku simpan didalam hati.
(Source: yaamuhammad, via fazilahandsweetdream)
(Source: islahnafsi, via fazilahandsweetdream)